2016年10月22日星期六

道德 Pendidikan Moral Tingkatan 1,2,3 (Nilai& Definisi)

Pendidikan Moral Tingkatan 1,2,3 (Nilai& Definisi)

Bidang 1: Perkembangan Diri
   
1.1 Kepercayaan Kepada Tuhan 信奉上苍
Keyakinan wujudnya Tuhan sebagai pencipta alam dan mematuhi segala suruhan Nya berlandaskan pegangan agama masing-masing selaras dengan prinsip Rukun Negara

1.2 Amanah 忠诚
Sikap bertanggungjawab yang boleh menimbulkan kepercayaan dan keyakinan orang lain

1.3 Harga Diri 自尊Keupayaan dan keyakinan diri agar mampu memulia dan menjaga maruah diri dalam kehidupan

1.4 Bertanggungjawab 负责任
Kesanggupan diri seseorang untuk memikul dan melaksanakan tugas serta kewajipan dengan sempurna

1.5 Hemah Tinggi 高尚情操
Beradap sopan dan berbudi pekerti mulia dalam pergaulan seharian

1.6 Toleransi 礼让
Kesanggupan bertolak ansur, sabar dan mengawal diri bagi mengelakkan berlakunya pertelingkahan dan perselisihan faham demi kesejahteraan hidup

1.7 Berdikari 自立
Kebolehan dan kesanggupan melakukan sesuatu tanpa bergantung kepada orang lain

1.8 Kerajinan 努力
Usaha yang berterusan penuh dengan semangat ketekunan, kecekalan, kegigihan, dedikasi dan berdaya maju dalam melakukan sesuatu perkara

1.9 Kasih Sayang 爱心
Kepekaan dan perasaan cinta yang mendalam serta berkekalan yang lahir daripada hati yang ikhlas

1.10 Keadilan 公正
Tindakan dan keputusan yang saksama serta tidak berat sebelah

1.11 Rasional 理智
Boleh berfikir berdasarkan alasan dan bukti yang nyata dan dapat mengambil tindakan berasaskan pertimbangan yang wajar

1.12 Kesederhanaan 中庸
Bersikap tidak keterlaluan dalam membuat pertimbangan dan tindakan sama ada dalam pemikiran, pertuturan atau perlakuan tanpa mengabaikan kepentingan diri dan orang lain

Bidang 2: Kekeluargaan

2.1 Kasih Sayang Terhadap Keluarga 爱护家人
Perasaan cinta, kasih dan sayang yang mendalam dan berkekalan terhadap keluarga

2.2 Hormat Dan Taat Kepada Anggota Keluarga 尊重家人
Memuliakan setiap anggota keluarga dengan berinteraksi dan memberi layanan secara bersopan 
untuk mewujudkan keluarga yang harmoni

2.3 Mengekalkan Tradisi Kekeluargaan 维护家庭传统
Menerima, menghormati dan mengamalkan sesuatu kebiasaan, adat dan kepercayaan yang diwarisi secara turun temurun dalam keluarga

2.4 Tanggungjawab Terhadap Keluarga 对家人的责任
Kewajipan yang harus dilaksanakan oleh setiap individu terhadap keluarga untuk melahirkan keluarga bahagia, meningkatkan imej dan menjaga meruah keluarga

Bidang 3: Alam Sekitar

3.1 Menyayangi Dan Menghargai Alam Sekitar 爱护环境
Kesedaran tentang perlunya memelihara dan memulihara alam sekeliling untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem

3.2 Keharmonian Antara Manusia Dengan Alam Sekitar 人与环境达致和谐
Keadaan saling memerlukan hubungan harmonis antara manusia dengan alam sekeliling supaya kualiti kehidupan manusia dan alam sekeliling terpelihara

3.3 Kemapanan Alam Sekitar 维护环境(自然生态)的平衡
Pengekalan keseimbangan alam sekeliling sebagai tanggungjawab bersama untuk kesejahteraan hidup

3.4 Peka Terhadap Isu-Isu Alam Sekitar 关心环境课题
Prihatin terhadap persoalan yang berkaitan dengan alam sekeliling dan berusaha menyelesaikannya

Bidang 4: Patriotisme

4.1 Cinta Akan Negara 热爱国家
Perasaan sayang dan bangga kepada negara serta meletakkan kepentingan negara melebihi kepentingan diri

4.2 Taat Setia Kepada Raja Dan Negara 效忠君王和国家
Kepatuhan dan kesetiaan yang berkekalan kepada Raja dan Negara

4.3 Sanggup Berkorban Untuk Negara 愿为国牺牲
Kerelaan melakukan atau menyerahkan sesuatu termasuk nyawa sebagai tanda kebaktian untuk negara

Bidang 5: Hak Asasi Manusia

5.1 Melindungi Hak Kanak-Kanak 维护孩童的权益
Membela, memberi naungan dan memelihara hak kanak-kanak bagi menjamin kehidupan mereka yang sempurna

5.2 Menghormati Hak Wanita 尊重女性权益
Melindungi dan mengiktiraf wanita sebagai individu yang boleh memberi sumbangan dalam pembangunan keluarga, masyarakat dan Negara

5.3 Melindungi Hak Pekerja 维护工人权益
Menghormati, menghargai dan mengiktiraf perkhidmatan, jasa dan sumbangan golongan pekerja dalam pembangunan Negara

5.4 Menghormati Hak Golongan Kurang Berupaya 尊重残障人士
Memberi layanan yang bersopan kepada golonga kurang berupaya supaya tidak berasa tersisih dan mengiktiraf mereka sebagai insan ciptaan Tuhan

5.5 Melindungi Hak Pengguna 维护消费者权益
Membela dan memelihara hak individu untuk menjadi pengguna yang berilmu, mendapat perkhidmatan serta barangan yang berkualiti dan tidak mudah dieksploitasi

Bidang 6: Demokrasi

6.1 Mematuhi Peraturan Dan Undang-Undang 遵守规则和法律
Menerima dan mematuhi peraturan dan undang-undang yang telah ditentukan tanpa mengira sesiapa dan di mana seseorang itu berada

6.2 Kebebasan Bersuara 言论自由
Kebebasan berucap dan mengeluarkan fikiran dengan batasan tertentu bagi menjaga keselamatan dan ketenteraman

6.3 Kebebasan Beragama 信仰自由
Kebebasan setiap individu untuk menganuti dan mengamalkan agamanya seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Malaysia

6.4 Penglibatan Diri Dalam Pembangunan Negara 参与国家发展
Kebebasan untuk melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti pembangunan negara dengan memetuhi peraturan, undang-undang dan Perlembagaan Malaysia

6.5 Sikap Keterbukaan 开放思想态度
Bersedia memberi dan menerima pendangan, pembaharuan dan kritikan selaras dengan kebenaran fakta dan norma masyarakat Malaysia


Bidang 7: Keamanan Dan Keharmonian 

7.1 Hidup Bersama Secara Aman 和平共处
Hidup berbaik-baik antara satu sama lain dengan mengutamakan kedamaian dan keharmonian hidup tanpa mengira agama, bangsa dan budaya

7.2 Saling Membantu Dan Bekerjasama 同心协力
Usaha yang baik dan membina yang dilakukan bersama pada peringkat individu, komuniti atau negara untuk mencapai sesuatu matlamat

7.3 Saling Menghormati Antara Negara 尊重他国
Menghargai dan memuliakan hubungan antara negara untuk menjamin kesejahteraan sejagat

没有评论:

发表评论